Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang melaksanakan pelbagai program keboleh pasaran dan keusahawanan yang peluang bagi penyertaannya wajar direbut dan dimanfaatkan oleh golongan graduan, kata Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata, pelaksanaan program-program terbabit yang akan diadakan sepanjang tahun ini adalah selari dengan teras di bawah Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 serta Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 bagi meningkatkan potensi dan memupuk kemahiran graduan.
โSalah satunya ialah program โReady To Workโ (RTW) di bawah โProfessional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) bertujuan untuk membantu meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur melalui penempatan latihan selama lapan hingga 12 bulanโฆ
โSeramai 5,000 peserta sedang menjalani latihan di bawah program RTW di seluruh negara. Terkini, pelaksanaan RTW diperluas melalui kerjasama Bank Negara Malaysia dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO) melalui Graduate Program 2000.
โInisiatif ini menyasarkan seramai 2,000 graduan setahun menjalani latihan penempatan di 120 institusi kewangan mulai Julai 2020,โ katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Wan Junaidi memaklumkan, kementeriannya juga mengadakan โNew Gen Entrepreneur Online Bootcampโ (N-GENE) dengan kerjasama CEDAR SME Bank.
โProgram N-GENE bertujuan untuk meningkatkan potensi keboleh pasaran dan membangunkan kemahiran keusahawanan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan selama sembilan bulan dengan sasaran penyertaan 2,000 graduan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA),โ katanya.
Selain itu, terdapat โGraduate Capacity and Employability Enhancement Programโ (GRACE) yang merupakan program peningkatan kebolehpasaran melalui latihan peningkatan kemahiran dan pensijilan profesional serta program โAgri-Coaching and Industry Development Programmeโ (ACID) di bawah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) berbentuk latihan keusahawanan melalui bidang pertanian bagi graduan khususnya golongan B40, jelas Wan Junaidi.
โKita juga ada โReach Out, Awareness and Developmental Programโ (ROAD) iaitu program kesedaran, pembudayaan dan latihan jangka pendek berkaitan ekosistem keusahawanan serta peningkatan kebolehpasaran kepada pelajar dan graduan.
โProgram ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak merangkumi Institut Pengajian Tinggi, Institut Latihan Kemahiran Awam, kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan serta pihak industri,โ ujarnya.
