Bagi memastikan penghantaran barangan runcit dan item keperluan harian yang lancar di setiap depan pintu rumah sambil mengekalkan penjarakan sosial sewaktu berlakunya pandemik Covid-19, platform logistik prediktif, FarEye baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat seluruh dunia dan melengkapi syarikat-syarikat tersebut dengan perisian pengoptimuman penghantaran rumahnya bagi menangani peningkatan dalam penghantaran ke rumah dengan pemandu yang tersedia, pemandu separuh masa yang diambil dengan pantas dan membuat penghantaran tanpa sentuhan.

FarEye akan menyediakan perkhidmatannya, FarEye Serve secara percuma kepada organisasi yang membuat penghantaran ke rumah bagi barang keperluan harian seperti barangan runcit, makanan dan ubat-ubatan sehingga 30 Jun 2020 dan akan terus menyokong usaha ini sehingga situasi menjadi lebih baik.

Malah, semua penghantaran ke tapak hospital, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada pertubuhan bukan kerajaan yang bertindak balas terhadap krisis Covid-19 hingga 30 September 2020 turut menerima manfaat ini.

Organisasi boleh menggunakan teknologi ini secara jarah jauh dan serta merta dengan mendaftar secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif FarEye, Kushal Nahata berkata, pihaknya ingin mencari peluang dan memberi sumbangan dengan menawarkan teknologi pengoptimuman sebagai sokongan untuk memastikan pergerakan barangan keperluan yang lancar sewaktu berlakunya krisis ini.

“Sekiranya anda seorang penjual runcit perkhidmatan penting, kami memahami bahawa anda sedang menghadapi beberapa detik yang agak sukar memandangkan kewajipan untuk memastikan komoditi penting sampai kepada pelanggan anda menjadi tanggungjawab anda.

“Kami ingin membantu penjual runcit sedemikian untuk didayakan dengan lebih baik bagi mengurus kesinambungan perniagaan. Wawasan kami adalah untuk memastikan tiada sesiapa yang mengalami kekurangan bekalan asas semasa waktu yang sukar ini,” katanya.

-PR NEWSWIRE