Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura (EDB) berhasrat untuk menarik pelaburan aset tetap sebanyak $8 hingga $10 bilion dan perbelanjaan perniagaan sebanyak $5 hingga $7 bilion pada tahun ini dengan sasaran mewujudkan kira-kira 16,000 hingga 18,000 peluang pekerjaan.

Pengarah Urusannya, Chng Kai Fong berkata, syarikat-syarikat luar akan memanfaatkan platform di Singapura untuk menembusi pasaran berkembang ke ASEAN berdasarkan kelebihan syarikat-syarikat elektronik negara tersebut yang berupaya menjadi pusat digital serantau.

โ€œBidang digital tidak terhad kepada firma teknologi tetapi lebih luas kepada industri seperti kewangan, penjagaan kesihatan, logistik dan pengguna yang membangunkan pusat kecemerlangan digital di sini.

โ€œPekerjaan yang diwujudkan dalam bidang digital juga tidak tertumpu kepada pengatur cara komputer, bahkan juga bidang kreatif seperti pereka dan pakar strategi,โ€ katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Singapura.jpg