Semua pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing diingatkan untuk mendaftar Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) dalam kadar segera selewat-lewatnya pada akhir Jun ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan kompaun.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, jumlah kompaun sebanyak RM500 sehingga RM4,000 yang tertakluk kepada jenis kesalahan serta tempoh masa akan dikenakan ke atas setiap pemandu yang didapati bersalah tidak mendaftar dengan SPS.

“Mereka perlu daftar selewat-lewatnya penghujung Jun. Perlaksanaan ini demi menjaga kebajikan mereka dan dalam masa yang sama kita akan melakukan penguatkuasaan.

“Kita mahu beri kesedaran dan kalau boleh mahu mengelakkan daripada mengambil tindakan. Apa yang penting adalah masa depan mereka dan keluarga akan lebih terjamin nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar PERKESO di Hotel Hilton Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr-Azman-Aziz.jpg