Cadangan SKSPS PERKESO e-hailing motosikal akan dikaji

Jan 9, 2020 | HR News

Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menilai keperluan terhadap cadangan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ke atas pekerja-pekerja e-hailing bermotosikal.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, walaupun perkara tersebut dilihat masih baru memandangkan khidmat e-hailing motosikal tidak dioptimumkan sepenuhnya, namun ia dianggap rasional kerana golongan berkenaan juga terdedah kepada risiko cedera dan kemalangan ketika bekerja.

“Kita akan lihat faktor-faktor yang membolehkan mereka mencarum dalam skim ini. Mereka boleh memohon dan kita akan pertimbangkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum di Hotel Dorsett Grand Subang, hari ini.

Kula-Segaran-Kredit-foto-KSM.jpg

Polls

Does your company support remote work arrangements and flexible schedules?

Polls

Have you actively pursued training for skills outside of your current role's requirements?

Polls

Is regular performance feedback from your manager important for your career?