MBSB Bank hari ini melancarkan inisiatif terbaharu mereka, “WorksForMe”, iaitu satu penawaran akaun gaji yang direka khas untuk memudahkan proses penyimpanan dan perancangan masa depan kewangan yang fleksibel dan bermakna. Pelanggan kini boleh menikmati pelbagai manfaat hanya dengan menggunakan perkhidmatan perbankan MBSB Bank, tanpa syarat yang rumit atau terma tersembunyi.

Disasarkan kepada kumpulan pekerja bergaji, pekerja bebas (freelancer), pekerja gig, serta individu yang mempunyai pendapatan sampingan yang semakin meningkat di Malaysia, WorksForMe direka khas bagi mereka yang membuat keputusan kewangan secara lebih bijak serta memerlukan institusi kewangan yang menyokong perjalanan kewangan mereka, bukan merumitkannya.

“Hari ini, masyarakat semakin celik kewangan. Justeru, mereka perlu diberikan alat yang sejajar dengan gaya hidup dan matlamat kewangan mereka,” kata Soo Bee Teong, Ketua Liabiliti dan Proposisi, Perbankan Pengguna Kumpulan, MBSB Bank. “Menerusi WorksForMe, kami menjadikannya mudah. Pelanggan hanya perlu mengkreditkan pendapatan ke dalam akaun MBSB Bank untuk menikmati pelbagai ganjaran, manfaat dan fleksibiliti. Tiada syarat keterlaluan. Tiada kerumitan. Hanya nilai sebenar.”

Manfaat Mudah. Ganjaran Tanpa Beban.

Antara manfaat utama yang ditawarkan menerusi WorksForMe ialah:

  • Pengeluaran ATM percuma di semua mesin ATM MEPS di seluruh negara. Akses wang anda tanpa caj tambahan, pada bila-bila masa dan di mana sahaja;
  • Nikmati faedah eksklusif apabila anda membuka akaun baru dengan MBSB Bank dari tiada keperluan deposit awal untuk kadar keuntungan yang menarik, dan lebih banyak lagi ganjaran untuk akaun bersama dengan anak anda.
  • Nikmati kadar yang kompetitif pada pakej Pembiayaan Peribadi, Rumah, dan Kenderaan.
  • Pelaburan Unit Amanah dengan caj jualan serendah 1.0% menerusi perantara dana yang dipercayai memberikan akses kepada dana berkualiti tinggi dengan halangan kemasukan yang rendah.

WorksForMe membantu pelanggan celik kewangan dalam mengatasi cabaran ‘bias masa kini’, iaitu kecenderungan untuk mengutamakan keperluan jangka pendek berbanding matlamat jangka panjang. Inisiatif ini memacu pengguna ke arah keputusan kewangan yang lebih bijak dengan memberikan kawalan dan fleksibiliti yang lebih besar.

“Kami percaya bahawa proses menyimpan dan membina kekayaan perlu menjadi lebih mudah dan mesra pengguna,” tambah Usman Ghouse, Ketua Perbankan Pengguna Kumpulan, MBSB Bank. “WorksForMe ialah cara menunaikan janji kami iaitu memastikan setiap Ringgit yang anda simpan, belanjakan atau laburkan bersama MBSB Bank menyumbang kepada masa depan kewangan yang lebih kukuh.”

Penawaran WorksForMe kini boleh didapati di semua cawangan MBSB Bank di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mbsbbank.com atau kunjungi cawangan MBSB Bank yang berhampiran.