iNova Pharmaceuticals, sebuah syarikat yang memasar dan mengedarkan pelbagai jenis ubat-ubatan belian kaunter dan ubat preskripsi di Australasia, Asia dan Afrika, telah baru-baru ini diiktiraf sebagai satu daripada organisasi tempat terbaik untuk bekerja pada tahun 2021.
iNova mencapai keputusan yang cemerlang dalam beberapa bidang penilaian, dan kekal komited untuk menggunakan maklumat balas itu untuk terus memupukkan satu budaya di mana semua pekerja dapat memberikan sumbangan yang bermakna dan mencapai potensi mereka yang sebenar.
Tinjauan penilaian itu termasuk persoalan yang berkaitan dengan bidang utama seperti kepimpinan, amalan Sumber Manusia, pampasan, faedah, budaya dan peluang-peluang peningkatan.
Di tengah-tengah cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat pada sepanjang tahun lalu, iNova dan pekerja mereka merentasi lokasi yang berlainan telah menunjukkan kebingkasan, inovasi, kelenturan dan ketabahan ketika mereka mencari cara-cara untuk menyesuaikan diri dengan pandemik global itu.
‘Best Places to Work’ adalah satu program pensijilan antarabangsa, yang dianggap sebagai Standard Platinum di dalam mengenal pasti dan mengiktiraf tempat kerja utama di seluruh dunia, dengan menyediakan kepada majikan dengan peluang untuk belajar lebih banyak mengenai penglibatan dan kepuasan bagi pekerja mereka dan menghormati mereka yang menyampaikan satu pengalaman kerja yang cemerlang dengan standard paling tinggi berhubung dengan keadaan bekerja.
Ketua Pegawai Eksekutif iNova, Dan Spira berkata, sebagai sebuah syarikat yang berhasrat untuk meningkatkan kesejahteraan orang ramai, adalah penting agar visi ini diperluaskan kepada pekerja mereka.
“Bakat, tenaga dan komitmen mereka yang membolehkan kami untuk terus membangun dan berkembang sebagai sebuah perniagaan, dan kami harus memastikan bahawa mereka dijaga di tempat kerja,” katanya.
-HR HUB