Illumina Inc hari ini mengumumkan mereka telah menerima penghormatan sebagai satu daripada Majikan Terbaik di Singapura dalam satu tinjauan yang ditaja oleh The Straits Times dan firma pemasaran Statista, untuk tahun kedua berturut-turut.

Illumina menduduki tempat kedua di dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan dan Peralatan dan menduduki tempat ke-27 dalam senarai keseluruhan.

Dijalankan pada akhir tahun 2020, tinjauan itu mengemukakan pertanyaan kepada kira-kira 9,000 orang yang bekerja di semua industri yang berlainan, dengan memberikan mereka peluang untuk menyatakan sokongan mereka bagi 1,700 syarikat tempatan yang mempunyai lebih 200 orang pekerja.

Naib Presiden dan Pengurus Besar bagi Illumina Singapura, Derric Lee berkata, ia adalah sangat mengharukan untuk diperakui sekali lagi sebagai satu daripada Majikan Terbaik di Singapura.

“Anugerah ini sangat bermakna dan memberikan pengiktirafan di atas usaha kami untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang sangat sesuai, inklusif dan bermanfaat bagi pekerja di mana-mana peringkat,” katanya.

Hasil tinjauan itu adalah didasarkan pada persepsi pekerja dari syarikat-syarikat di rantau itu. Responden telah ditanya sama ada mereka akan mengesyorkan majikan mereka kepada seorang rakan atau ahli keluarga, dan jika mereka akan membuat cadangan yang sama untuk syarikat lain.

Beribu pejabat di San Diego, California, kemudahan pertama Illumina di Singapura telah dibuka pada tahun 2008 dengan 10 orang pekerja dan sebuah kemudahan yang berkeluasan 38,000 kaki persegi.

Pada hari ini, Illumina Singapura telah meningkatkan jumlah pekerja kepada lebih 1,300 orang dan berkembang kepada tiga buah bangunan.

-HR HUB