Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menerima 31,258 permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 daripada majikan yang mewakili 321,678 pekerja untuk tempoh sehingga 14 Oktober, baru-baru ini.
Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, negeri Selangor mencatatkan jumlah permohonan paling tinggi dengan 8,199 permohonan daripada majikan yang mewakili 82,275 pekerja.
โIni diikuti dengan Kuala Lumpur di mana 4,215 majikan mengemukakan permohonan untuk 44,524 pekerja.
โPermohonan untuk PSU 2.0 boleh dibuat dalam talian iaitu melalui prihatin.perkeso.gov.my.
โBagi majikan yang ada menerima bantuan PSU 1.0 sebelum ini, anda boleh kemukakan permohonan lanjutan di portal tersebut.
โManakala majikan lain atau mereka yang permohonan untuk PSU 1.0 ditolak kerana tidak menepati syarat kelayakan, boleh kemukakan permohonan baru untuk PSU 2.0,โ katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Tambah Azman, permohonan untuk PSU 2.0 akan terus dibuka sehingga 31 Disember 2020.
-HR HUB
