Karnival Penjana Kerjaya yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi merangsang sektor pekerjaan akibat pandemik Covid-19 wajar dimanfaatkan peluangnya oleh golongan pencari kerja di negara ini.
Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, inisiatif tersebut seharusnya direbut mereka terutamanya penganggur tempatan secara terbuka tanpa prejudis atau tanggapan yang negatif.
“Kami di PERKESO menyeru para pencari kerja supaya tidak terlalu memilih pekerjaan ketika suasana ekonomi tidak menentu sekarang.
“Singkirkanlah sifat malu untuk memulakan pekerjaan dari peringkat bawah dan ambillah peluang dalam apa sahaja bidang pekerjaan.
“Jadikanlah karnival ini sebagai platform untuk berhubung secara terus dengan bakal majikan malahan bertanyakan terus mengenai skop pekerjaan yang sesuai dengan anda,” katanya menerusi catatan di laman Facebook sempena Karnival Penjana Kerjaya peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Palm Mall Seremban, baru-baru ini.
-HR HUB