Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada pencarum supaya tidak tertipu dengan sebarang tawaran pinjaman kewangan yang menggunakan akaun atau mengaitkan KWSP sebagai sumber untuk melakukan transaksi wang dari akaun masing-masing.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa iklan melalui laman sosial yang menawarkan pinjaman peribadi menggunakan simpanan KWSP sebagai cagaran.

โ€œTawaran seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan terhadap simpanan ahli malah ianya akan merugikan simpanan masa depan ahli.

โ€œAhli disarankan untuk berwaspada dan elakkan daripada terpedaya dengan tawaran yang akan menjejaskan simpanan KWSP ahli,โ€ katanya, baru-baru ini.

-HR HUB

KWSP-Gambar-hiasan.jpg