Global Sources mengumumkan bahawa Global Sources Online Show (GSOS) sulung dijadualkan untuk diadakan mulai 29 Julai hingga 9 Ogos, bagi membolehkan lebih daripada dua juta pembeli dalam talian dan pameran perdagangan di seluruh dunia untuk mendapatkan sumber daripada kira-kira 900 pembekal premium dan disahkan dengan perkhidmatan sepanjang masa disediakan selama dua minggu berturut-turut.

Sebagai respons kepada keadaan penyumberan yang baharu, Global Sources memindahkan pengalaman penyumberan luar taliannya ke dalam talian, dalam bentuk GSOS yang pertama seumpamanya.

Pameran ini menawarkan penyumberan 24/7 tanpa mengira sempadan geografi dan perbezaan waktu, menggunakan teknologi terkini untuk membawa pembekal terbaik kepada pembeli antarabangsa yang tidak dapat melakukan perjalanan, menyediakan interaksi masa sebenar dan produk yang mendapat permintaan menerusi tiga fasa pameran khusus.

“Global Sources memanfaatkan pameran perdagangan terbuktinya dan kepakaran penyumberan dalam talian yang dibina sejak 50 tahun yang lalu untuk membawakan pembeli dengan komunikasi masa sebenar bersama pembekal terkemuka dan pandangan pasaran yang terkini, memberi tumpuan pada kategori-kategori produk yang mendapat permintaan tertinggi di tengah-tengah keutamaan baharu pandemik COVID-19 ini,” kata Hu Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Global Sources.

“Kami mencipta pengalaman penyumberan dalam talian yang unik untuk pembeli dan pembekal dari seluruh dunia yang disokong oleh komuniti pembeli kami, pembekal yang disahkan, platform dalam talian yang berkembang dan kepakaran pameran perdagangan,” ujarnya lagi.

GSOS bakal menampilkan tiga kategori produk yang mendapat permintaan tinggi menerusi tema masing-masing termasuk Perubatan dan Penjagaan Kesihatan, Belajar dan Bekerja Dari Rumah serta Kediaman dan Perkakasan.

Kira-kira 900 pembekal yang disahkan dijangka mempamerkan produk-produk mereka yang mendapat permintaan yang dipilih dengan teliti mengikut keperluan penyumberan semasa pembeli.

-PR NEWSWIRE