Larsen dan Toubro Infotech (LTI), sebuah syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital bertaraf global melancarkan LTI Canvas, platform kejuruteraan perisian moden yang memenuhi keperluan kritikal untuk membolehkan bekerja dari mana-mana tempat.
LTI Canvas ialah platform bersepadu yang menghimpunkan pelbagai proses, alat dan kaedah bagi memacu teknologi dan hasil perniagaan dalam persekitaran di mana pasukan beroperasi dalam suasana yang luas.
LTI Canvas juga dapat membantu organisasi meningkatkan keberkesanan dan keupayaan mereka untuk berinovasi dalam persekitaran jarak jauh atau hibrid dengan memanfaatkan teknologi Microsoft dan penyelesaian LTI untuk membantu golongan profesional IT dalam pelbagai industri berkolaborasi dengan mudah dan kekal produktif.
Ketua Pegawai Operasi dan Ahli Lembaga Eksekutif LTI, Nachiket Deshpande berkata, keadaan pandemik Covid-19 telah memaksa perusahaan untuk memikirkan semula pendekatan mereka untuk kelangsungan perniagaan dan produktiviti pekerja.
“Dengan persekitaran kerja hibrid yang mendapat daya tarikan yang pantas, kami mereka bentuk LTI Canvas sebagai platform bersepadu yang membolehkan kejuruteraan perisian disampaikan secara jarak jauh.
“LTI Canvas mendorong intervensi yang memberi kesan dan turut mendayakan proses huluan seperti pencarian penyelesaian, bengkel keperluan dan peralihan dilaksanakan secara jarak jauh,” katanya.
-PR NEWSWIRE