Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bakal menganjurkan EIS National Career Expo 2020 pada 11 April depan di Quill City Mall Kuala Lumpur.

Ekspo kerjaya ini akan memberi fokus kepada beberapa sesi seperti kaunseling kerjaya, klinik resume dan makmal kerjaya di mana pengunjung-pengunjung yang hadir bakal menerima manfaat padanan kemahiran dan bakat kepada majikan berpotensi, cara melengkapkan resume yang betul serta beberapa sesi perkongsian oleh pemain industri.

Sebanyak 80 majikan dan 50 penyedia latihan dianggarkan bakal memenuhi ekspo ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web dan laman sosial rasmi PERKESO.