Program MBA Eksekutif berbahasa Inggeris yang baharu disasarkan pada eksekutif dan pengurus masa depan dengan perspektif global. Program pendidikan lanjutan ini dibezakan oleh orientasi antarabangsanya yang tersendiri dan didaktik inovatif, selain gabungan pintar modul-modul dalam talian dan berasaskan kelas yang membolehkan program ijazah ini diwujudkan sebahagian besarnya tidak terikat kepada masa dan tempat.

Dengan MBA ini, memantapkan kerjaya dengan pendidikan lanjutan dapat menjadi suatu kenyataan buat eksekutif-eksekutif daripada pelbagai industri dan bangsa. Tambahan pula, kursus elektif digabungkan ke dalam kurikulum ini, yang boleh diambil di universiti-universiti terkenal di Eropah dan serata dunia.

Elektif tambahan ini membolehkan kurikulum diwujudkan secara fleksibel dari segi kandungan dan disesuaikan mengikut keperluan individu pelajar tersebut. MBA Eksekutif baharu ini ditawarkan di MCI, yang memperoleh akreditasi AACSB antarabangsa. Program ini akan bermula pada Oktober 2020 dan permohonan dialu-alukan.

Program MBA Eksekutif disasarkan pada usahawan, pengurus dan pembuat keputusan yang mempunyai beberapa tahun pengalaman pengurusan.

Dengan prasyarat kemasukannya ialah tamat pengajian ijazah, MBA menyasarkan, dari satu segi, para siswazah daripada bidang ekonomi yang ingin memperdalam dan mengkhusus pengetahuan mereka, manakala dari satu segi yang lain, para siswazah daripada bidang-bidang bukan ekonomi yang berharap dapat melayakkan diri untuk tugasan pengurusan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.mci.edu/executive-mba.

-PR NEWSWIRE

MCI.jpg