Kementerian Sumber Manusia (KSM) berhasrat untuk memperkenalkan sistem melibatkan pengiktirafan berbentuk ‘star rating’ kepada kesatuan pekerja sebagai penilaian terhadap tahap tadbir urus dan kualiti perkhidmatan yang cemerlang.

Ketua Setiausahanya, Datuk Amir Omar berkata, pelaksanaan ‘star rating’ diyakini mampu menjadi pemangkin kepada mereka yang terlibat di dalam kesatuan pekerja untuk lebih berusaha meningkatkan tahap komitmen tugas dan kualiti kerja masing-masing.

“Pengiktirafan ini diharap akan menjadi inspirasi dan contoh kepada kesatuan sekerja untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Seminar Labour Enrichment and Professionalism (LEAP) di Putrajaya, baru-baru ini.

Berucap mewakili Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran, beliau berkata, kementeriannya turut berharap persaingan yang sihat dalam kesatuan pekerja dapat diraih sebaik sahaja ‘star rating’ dilaksanakan kelak.