Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP), sebuah unit 70 peratus dimiliki MMC Corporation Bhd, memeterai perjanjian dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) untuk membangunkan program latihan keselamatan komprehensif untuk pekerja pelabuhan.

Dalam kenyataannya hari ini, MMC berkata objektif program itu adalah untuk memupuk budaya mengutamakan keselamatan dan menyediakan latihan asas pekerjaan keselamatan dan kesihatan (OSH) bagi pekerja mengenai bahaya dan risiko yang ada dalam industri pelabuhan sebelum mereka memasukinya.

“Program itu juga akan menyediakan pekerja dengan pengetahuan dan maklumat mengenai keperluan undang-undang OSH, dan juga keperluan serta jangkaan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar di PTP,” katanya. – BERNAMA