Pelepasan cuti bersalin bagi suami yang bekerja di sektor swasta dikaji

Mar 13, 2019 | HR News

Kementerian Sumber Manusia sedang mempertimbangkan untuk memberi pelepasan cuti bersalin kepada golongan suami yang bekerja di sektor swasta bagi menguruskan isteri yang melahirkan anak seperti yang telah dipraktikkan kepada pekerja sektor awam.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, cadangan untuk melaksanakan cuti tanpa rekod selama seminggu kepada pekerja swasta kini masih berada di tahap perbincangan bersama-sama wakil majikan untuk dinilai sebelum kata sepakat dipersetujui kelak.

“Ya, kita sedang memperhalusi cadangan cuti isteri bersalin kepada suami (bagi sektor swasta) dan satu keputusan muktamad akan dimaklumkan tidak lama lagi.

“Kita sedang meminda undang-undang berkenaan dan akan merangkumi pandangan Yang Berhormat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib di Dewan Rakyat, hari ini.

Suami-isteri hamil.jpg

Polls

Does your company support remote work arrangements and flexible schedules?

Polls

Have you actively pursued training for skills outside of your current role's requirements?

Polls

Is regular performance feedback from your manager important for your career?