Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN) sebagai usaha membantu pekerja bagi mendapatkan hak untuk lebih berkeyakinan sewaktu bekerja di dalam persekitaran yang lebih terjamin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, dasar baharu yang dilancarkan itu telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri serta ditandatangani Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mencapai Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP) 2016-2020.

“Dasar ini mesti dihormati oleh majikan dan pekerja. Jika tidak, ini boleh mengakibatkan pelanggaran perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Tindakan punitif akan diambil oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) seperti notis, sita, kompaun dan tindakan mahkamah di semua sektor pekerjaan,โ€ katanya pada Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 dan Pelancaran DKKPN di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA, semalam.