Tourism Selangor meneruskan siri program latihan khas yang dikenali sebagai Hos Komuniti bagi mendidik pemandu pelancong setempat untuk lebih bersedia menyelia dan menyambut kehadiran pelancong asing ke negeri itu pada tahun ini.
Peserta-perserta yang terlibat akan didedahkan dengan modul asas pemanduan pelancong sepanjang enam bulan menjalani program terbabit dengan tiga daerah terpilih kali ini melibatkan Hulu Selangor, Hulu Langat dan Kuala Langat.
Setelah selesai menjalani program ini, peserta akan bergraduasi dan mendapat sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia dan perlesenan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sekaligus membuka peluang kerjaya sebagai usahawan pelancongan komuniti, pemandu pelancong setempat dan hos aktiviti budaya.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pegawai berikut:
Faroul Mustaffa (016-207 6956)
roul@tourismselangor.my
Noorul Ashidah (016-207 6958)
ashidah@tourismselangor.my
Faisal Abd Rahman (013-635 9292)
empirefaisal@gmail.com