Calon Presiden Indonesia, Joko Widodo menarik minat bakal pengundi-pengundi apabila menjelaskan dirinya akan membentangkan hal pembangunan sumber manusia untuk pelan tempoh lima tahun dalam perbahasan presiden yang akan datang.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Jokowi ketika bertemu 1,000 persara TNI-Polri yang mengumumkan sokongan untuk calon Presiden dan Naib Presiden Jokowi-Ma’ruf Amin di Jakarta International Expo Kemayoran, semalam.
โKita tidak akan menyampaikan isu pembangunan sumber manusia dengan lebih terperinci buat masa ini kerana perkara itu akan dijelaskan dalam perdebatan nanti,” kata Jokowi.
Menurut Jokowi, sejak mula berkhidmat sebagai Presiden pada 2014, kepimpinan bersama-sama Naib Presiden, Jusuf Kalla telah menetapkan bahawa fokus kerajaan selama empat tahun adalah untuk membina infrastruktur. Jokowi yakin bahawa pembangunan infrastruktur akan membawa peningkatan ekonomi.