Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan peralihan penting dari segi sikap dan jangkaan dalam kalangan pekerja dan pemimpin, memandangkan kedua-duanya menyeru perubahan yang kekal dari segi bagaimana dan di mana kita bekerja, hubungan di tempat kerja dan kemahiran masa depan, menurut satu kajian baharu daripada Adecco Group.

Adecco Group, syarikat penyelesaian HR yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan keputusan daripada kajian terkininya ‘Resetting Normal: Defining the New Era of Work’, menilai impak jangka pendek dan jangka panjang yang dijangkakan daripada pandemik untuk menetapkan semula norma tempat kerja.

Lapangan kerja telah dijalankan pada Mei 2020, dengan 8,000 responden berasaskan pejabat (berumur 18 hingga 60) di seluruh Australia, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Adecco Group, Alain Dehaze berkata, dunia bekerja tidak akan kembali kepada keadaan ‘normal’ seperti yang diketahui sebelum ini sebelum pandemik menular.

“Perubahan segera dan dramatik dalam landskap tempat kerja telah mempercepatkan trend baru muncul seperti kerja yang fleksibel, kepimpinan EQ-tinggi dan kemahiran semula, sehingga ke tahap yang mana kini ia menjadi penting untuk kejayaan organisasi.

“Ketika banyak negara muncul daripada fasa krisis akut pandemik tersebut, majikan berpeluang untuk ‘mula menetapkan semula’ amalan tempat kerja tradisional dengan banyak antaranya yang kekal tidak berubah sebahagian besarnya sejak revolusi perindustrian.

“Kajian ini menekankan bahawa sikap kakitangan telah berubah dan jurang antara jangkaan tenaga kerja dan proses pasaran buruh yang telah berakar umbi telahpun didedahkan,” katanya.

-PR NEWSWIRE

Tempat-kerja-Foto-hiasan.jpg