693,124 peluang pekerjaan sepanjang 2019

Nov 6, 2019 | HR News

Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendedahkan angka 693,124 peluang pekerjaan secara keseluruhan telah ditawarkan sepanjang tahun ini yang tersedia di pelbagai platform carian kerja dengan semakan kali terakhir rekod tersebut dicatatkan hanya sehingga Ogos 2019.

Menterinya, M. Kula Segaran ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin berkenaan perkembangan semasa lapangan pekerjaan negara berkata, sebanyak 50,326 tawaran jawatan bagi kategori siswazah dan 642,798 kekosongan jawatan untuk kategori bukan siswazah telah didaftarkan majikan daripada jumlah itu.

“Portal JobsMalaysia (JMC) di bawah kementerian ini merupakan portal rasmi pasaran pekerja untuk pencarian dan penawaran pekerjaan melalui sistem padanan kerja secara ‘web-based’. Setiap pencari kerja berpeluang mendapatkan pekerjaan dan majikan pula berpeluang untuk mendapatkan calon yang sesuai.

“JMC di seluruh negara menawarkan pelbagai informasi kekosongan pekerjaan dan perkhidmatan khidmat nasihat pekerjaan kepada pencari kerja. Majikan dan pencari kerja juga berpeluang menyertai karnival pekerjaan di seluruh negara termasuk program temu duga terbuka yang diadakan di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara sepanjang tahun,” katanya.

Kula-Segaran-Kredit-foto-KSM.jpg

Polls

Does your company support remote work arrangements and flexible schedules?

Polls

Have you actively pursued training for skills outside of your current role's requirements?

Polls

Is regular performance feedback from your manager important for your career?