Industri minyak dan gas (O&G) berdepan dengan persaingan sengit untuk menarik bakat sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), dengan 44 peratus daripada Milenial dan Generasi Z (Gen Z) STEM berminat untuk meneruskan kerjaya dalam sektor minyak dan gas berbanding 77 peratus dalam sektor teknologi, 58 peratus dalam sektor sains hayat dan farmaseutikal serta 57 peratus dalam sektor penjagaan kesihatan – menurut tinjauan ‘Workforce of the Future’ global sulung yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

Tuan Yang Terutama Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Negara UAE dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADNOC berkata, “Dapatan daripada tinjauan ‘Workforce of the Future’ menunjukkan bahawa semakin golongan Milenial dan Gen Z STEM mengaitkan minyak dan gas dengan teknologi baharu, semakin tinggi minat mereka terhadap kerjaya dalam industri ini. Industri minyak dan gas harus meletakkan industrinya sebagai kelebihan untuk teknologi dan menonjolkan betapa inovasi rintis adalah penting untuk setiap aspek dalam perniagaan kita – merentas rantaian nilai huluan dan hiliran.

“Ketika kita melangkah ke Zaman Perindustrian Keempat, kita perlu bersatu sebagai satu industri dan – bersama-sama rakan-rakan kongsi industri teknologi kami – menonjolkan peluang-peluang menarik yang ditawarkan oleh industri dinamik kita dengan lebih baik kepada bakat muda yang mempunyai kemahiran teknologi yang mantap,” tambah beliau. – PR NEWSWIRE