Seramai 24 graduan dari kumpulan pertama Program Perantisan menerima Sijil Kemahiran Malaysia pada majlis konvokesyen yang diadakan di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), semalam.

Program hasil kerjasama antara MIDA dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) ini merupakan inisiatif dua tahun yang mensasarkan pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan Tiga sebagai program pintas yang bertujuan untuk menyediakan pekerja mahir yang boleh diserap terus ke dalam industri.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mewakili Datuk Darell Leiking, Datuk Seri Norazman Ayob berkata, “Program Perantisan ini merupakan contoh terbaik inisiatif industri-akademik MIDA bagi menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memberikan sumbangan besar kepada pembangunan negara.

‚ÄúSelaras dengan Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau Industry4WRD yang telah dilancarkan pada tahun lepas, kerajaan terus menggalakkan kerjasama di antara pihak institusi pendidikan dan kemahiran dengan pihak industri bagi memastikan para graduan yang dilahirkan bukan sahaja mempunyai pengetahuan asas tetapi berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi semasa. Saya sangat gembira apabila mengetahui bahawa program ini akan diperluaskan oleh MIDA ke peringkat nasional dengan penglibatan lebih daripada 100 buah syarikat dan 700 pelatih.”

Konvokesyen Program Perantisan 2019 (Kredit foto MIDA).jpg