Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada pencarum supaya tidak tertipu dengan sebarang tawaran pinjaman kewangan yang menggunakan akaun atau mengaitkan KWSP sebagai sumber untuk melakukan transaksi wang dari akaun masing-masing.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa iklan melalui laman sosial yang menawarkan pinjaman peribadi menggunakan simpanan KWSP sebagai cagaran.

“Tawaran seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan terhadap simpanan ahli malah ianya akan merugikan simpanan masa depan ahli.

“Ahli disarankan untuk berwaspada dan elakkan daripada terpedaya dengan tawaran yang akan menjejaskan simpanan KWSP ahli,” katanya, baru-baru ini.

-HR HUB

KWSP-Gambar-hiasan.jpg