Kementerian Sumber Manusia telah melancarkan Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) yang berfungsi sebagai medium rujukan kepada majikan untuk menetapkan dan menyelaras gaji serta sebagai input kepada dasar sumber manusia syarikat-syarikat di Malaysia.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, indeks yang julung kali dilancarkan itu juga boleh dijadikan sebagai penanda aras buat pekerja dan pencari kerja terhadap trend pasaran buruh di samping menilai perbandingan perubahan gaji dalam kemajuan kerjaya mereka.

“NWI membolehkan pembuat dasar menilai perubahan gaji dalam pasaran buruh sebagai input kepada penetapan gaji, kajian semula kadar gaji minimum dan dasar perburuhan yang lain selain menjadi rujukan untuk kesatuan sekerja mengadakan rundingan.

“Indeks ini adalah sebagai garis panduan dan penanda aras. Maka, bukan wajib untuk majikan ikut. Di negara maju lain juga mereka ada indeks dan tidak semestinya perlu ikut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan NWI di Dewan Serbaguna KSM, Kompleks Kerajaan Putrajaya, baru-baru ini.

Kula ketika hadir pada majlis pelancaran Indeks Gaji Kebangsaan.jpg