Barisan jemaah menteri kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membela nasib golongan belia yang berdepan pelbagai isu pekerjaan terutamanya masalah pengangguran seperti yang direkodkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Bank Negara Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa yang bakal bernaung di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu nanti juga akan melibatkan tokoh-tokoh korporat tempatan.

“Kementerian Belia dan Sukan terpanggil untuk berusaha mengurangkan kadar pengangguran daripada 10.7 peratus kepada digit tuggal iaitu dengan mengusulkan menubuhkan jawatankuasa khas bagi sasaran mencari dan mencipta satu juta peluang pekerjaan.

“Kita jangkakan ia dapat dicapai dalam tempoh lima ke 10 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Belia Pulau Pinang di Sungai Nibong, semalam.

Syed Saddiq (Kredit foto KBS Malaysia).jpg