Kementerian Sumber Manusia akan membentuk Lembaga Pengurusan Institut-Industri (IIMB) di institusi latihan seluruh negara yang bernaung di bawah Jabatan Tenaga Manusia bagi mewujudkan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, tiga buah institusi latihan telah dipilih iaitu Institut Teknikal Jepun-Malaysia, Pusat Latihan Teknologi Tinggi Shah Alam dan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur bagi projek perintis pertama seliaan IIMB.

“Dengan persediaan IIMB, ia akan menjadi inisiatif yang berkesan untuk memastikan kemudahan latihan, kurikulum dan peningkatan kemahiran pengajar di setiap institusi latihan yang relevan dengan keperluan industri,” katanya pada sebuah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Hotel Palm Garden Putrajaya, hari ini.

Majlis MoU tersebut menyaksikan tiga perjanjian telah dipersetujui oleh Jabatan Tenaga Manusia, Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Pusat Kemahiran Pembangunan Pulau Pinang dan First Solar Malaysia Sdn Bhd.

Kula ketika hadir menyaksikan kerjasama MoU di Putrajaya hari ini.jpg